Halaman

emas

Rabu, 7 Mac 2012

permulaan hari

permulaan hariku..
adakah dimulai dengan kebaikan
atau adakah dimulai dengan keburukan

andainya dimulai dengan kebaikan..
apakah dihujungnya disudahi dengan kebaikan
andainya dimulai dengan keburukan
sudahkah diri ini bertaubat memohon keampunanNya

betapa seharian penuh dengan liku-liku yang bersangatan
betapa seharian penuh dengan ranjau yang berpanjangan
betapa tabah diri ini untuk mengharungi
betapa sukar diri ini untuk menghadapi
masihkah aku kuat dan teguh berdiri

permulaan hariku
adakah dimulakan dengan menyebut namaNya
menyatakan syukur padaNya
kerana masih diberi kesempatan waktu hidup di dunia
sebanyak mana amalan
sebanyak mana kebaikan
sebanyak mana keburukan
masih mampu untuk aku ungkapkan
memohon keampunanNya
mengucapkan kesyukuran padaNya

andai tidak berkesempatan
betapa ruginya hidup insan
kerana waktu itu tidak akan diganti

demi masa
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
kecuali orang yang berpesan-pesan untuk kebaikan
dan berpesan-pesan dengan kesabaran

adakah aku tergolong dikalangan mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan