Halaman

emas

Selasa, 2 Julai 2013

naik naIK NAIKKKK...

semenjak dua menjak dia harga barang da makin naik. aku perasan trend ni jadi tiap2 kali lepas pilihanraya n dekat2 nak raya. satu lagi bila kerajaan umumkan kenaikan gaji kat kakitangan awam pun tetiba je harga barang pun naik.. pelik aku tengok. memang banyak efek kenaikan harga barang2 dalam hidup kita. kos sara hidup makin tinggi. orang yang berniaga terpaksa naikkan barang sebab pembekal dah jual mahal. orang kampung n yang kerja kais pagi makan petang lagi terasa.

apa2 pun hidup perlu diteruskan.walau terasa kesempitan dan perit gak menjalani kehidupan seharian kita terpaksa terima semua tu. redho je la.. huhu.. soalnya macam mana kita nak atasi masalah ni. kalau harga sayur naik katakan.. kita cuba tanam sayur sendiri. kalau harga ikan naik kita pergi paya, laut atau sungai tangkap ikan sendiri.. Nak ke kita buat macam tu?

mind set aku sekarang - daripada susah2 buat semua tu lagi baik beli kat kedai je.. mungkin macam tu gak kebanyakan orang fikir.. kalau dulu sayur2 macam sawi, kangkung, kacang panjang, kacang botol dan ulam-ulaman macam ulam raja, daun selom, pucuk ubi, pegaga serta bunga kantan, daun pandan dan daun kesum kebanyakannya boleh dipetik ditepi rumah je. sekarang ni semua tu kene beli kat kedai. sebabnye dah susah nak jumpa orang yang tanam pokok2 tu kat rumah masing2. tah2 budak2 sekarang ni dah tak berapa nak kenal dah sesetengah pokok tu..

 kalau ikutkan banyak lagi inisiatif yang boleh kita ambil. nak dengan tak nak je. lagipun sekarang ni rumah2 teres pun kebanyakannya tanah2nya disimen dan rumah flat takde tanah macam mana nak bertani kan? pokoknya nak dengan taknak je. tanam dalam pasu atau guna hidroponik pun boleh gak.. hurmm dah melalut-lalut ni.. blah dulu.. huhu..

Jumaat, 21 Jun 2013

jerebu.. jerebu..jerebu

wahhh ni memang serius giler..
nampaknye jerebu dah merebak sampai ke selangor.. memutih je bila tengok langit..
kat johor dah teruk sampai sekolah pun dah ada yang tutup.

kebakaran hutan tambah dengan cuaca yang panas sekarang memang padanan yang baik untuk jerebu. hope lepas ni takde lagi jerebu.. mungkin pengajaran dari kisah dulu2 dorang dah lupakan bila jerebu menyelubungi kawasan serantau asia tenggara.. leh jatuh ekonomi n kesihatan leh terjejas..

apakah akibat semulajadi atau kebakaran hutan tu ada yang memulakan wallahu'alam. aku tulis ni xde berdasarkan fakta apa2 just ikut pandangan aku yang sempit ni je.. kalau sebab semulajadi kita leh paham. Dia yang Maha Berkuasa atas segalanya. Kalau sebab tangan2 ghaib manusia, ingatlah tatkala Allah mahu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ni malaikat dah tanye kenapa nak jadikan manusia ni khalifah sedangkan manusia akan melakukan kerosakan atas muka bumi.. Allah jua yang Maha Mengetahui..

harap2 keadaan makin terkawal dan jerebu makin hilang. semoga rahmat Allah sentiasa bersama-sama kita.


Isnin, 17 Jun 2013

TEMPAHAN KEBAB

Assalamua'laikum.

hai kepada semua. semalam 16 Jun 2013 selesai sudah event untuk majlis pertunangan Fawwaz. 110 biji kebab selesai sudah disiapkan dan habis dimakan... nyumnyummm..

majlis santai dengan tema yang menarik dan jarang2 orang lain buat.. mungkin kot.. sebab first time aku tengok majlis sebegini.. suasana ala2 hotel dengan kerusi berhias cantik dan terdapat pelbagai pilihan makan ala2 gerai gitu.. termasuklah gerai aku skali yang siap untuk masakan panas. panas panas panas..

berpeluh2 gak menyiapkan kebab2 yang ditempah. nasib cuaca redup.. mungkin sebab jerebu yang melanda sekarang ni.. berita tadi kat cheras index pencemaran udara da 105. harap2 makin baik nanti.. tak mau jadi jerebu macam dulu2 da..

berikut sedikit sebanyak gambar yang aku amek masa sebelum n semasa majlis. xbanyak sebab tengah bertungkus lumus nak siapkan kebab n gambar pn ambil guna hp je. lupa bawa kamera.. moga korang enjoy..

kepada sesiapa nak tempah kebab untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, keramaian, cukur jambul atau yang sewaktu dengannya boleh la tepon@sms ke no ni: 0176966941 (safrizan) atau 012 3417090 (mizi).. setakat ni kami hanya menerima tempahan kebab di kawasan sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Nilai dan kawasan yang berdekatan.

sekian.

tengah menyediakan daging kebab..

kebab ayam tengah masak..

tengah layan pelanggan..

bungkus jangan tak bungkus..



layan jangan tak layan.. kebab ayam 1 siappppp...


baru siap set up gerai

Isnin, 22 April 2013

TEMPAHAN KEBAB UNTUK MAJLIS KERAMAIAN

salam semua,


inginkan kelainan dalam majlis keramaian atau perkahwinan anda kami ada menyediakan khidmat tempahan kebab, buat masa ini hanya di kawasan kajang, bangi, putrajaya dan kawasan yang berdekatan dengannya, anda boleh menghubungi kami di 0176966941/0123417090.

jenis kebab yang disediakan adalah:
  pita ayam/daging         - RM3.00 sebiji
  bun ayam/daging         - RM3.00 sebiji
  lebanese ayam/daging  - RM5.00 sebiji

Sabtu, 9 Februari 2013

terkena2

alkisah ari ni aku otw blk rumah dari johor.
sampai hentian pagoh aku berhenti la nak isi perut yang dah berkeriut mintak diisi.. dah la penat mengharungi jem. sume orang nak bercuti termasuk la orang dari singapura..
so dengan tak sabonye aku panjat tangga lepas jenuh dok cari parking. dah sampai foodcourt jenuh lak cari tempat duduk.. penuh orang tgh menjamu selera.. nasib la xlama lepas tu ada meja kosong..

dah dapat tempat duduk kene beratur lak nak beli makanan.. so aku pilih la lauk ayam goreng n sayur kangkung goreng.. tu je yang berkenan memandangkan lauk lain banyak yang dah habis..

lapo punye pasal aku pun cepat2 la ngadap makanan tu. baru je makan aku dah rasa macam dah terkena dah.. bukan apa lauk ayam yang aku pilih yang aku nampak macam banyak isi tu rupanye 98% tulang belakang ayam je. 1.5% kulit n selebihnye baru isi ayam. dua cubit je isi.. kulit lg banyak dari isi.. nak je aku tangkap gambo lauk ayam tu tapi segan lak kat makcik yang mintak tumpang duduk semeja ngan aku kejap tadi...

ilang selera aku nak makan.. aku rasa orang yang potong ayam tu memang tak pandai potong.. macam mana dia boleh potong macam tu rupa. n macam mana pengusaha makan kat situ dengan selamba leh jual lauk macam tu.. kalu kat pasar malam aku tak kisah sangat sebab memang ada yang jual rangka ayam..

hurmm lepas ni kalau nak pilih lauk ayam elok aku amek peha ayam je la.. huhu.. terkena2....

Rabu, 6 Februari 2013

999

aku agak tertarik nak cakap pasal no ni..

pagi tadi masa dengar radio ikim persoalan pasal telefon ke pejabat kerajaan @ swasta ni.. berapa cekap dorg dlm layan pelanggan..

dalam banyak2 call mesej yg penyampai terima ada satu yg sangat menyentuh hati aku..

mesej dari orang yang xnak dikenali.. bunyi lebih kurang begini:

"satu malam kat rumah dia dimasuki pencuri dan masa tu dia dapat kesan pencuri tu. so dia pun tepon la 999 sedang pencuri tu tengah ralit selongkar barang2.. nak dijadikan cerita bila da dapat call 999, dia disuruh tepon ke balai polis A. da dapat tepon balai polis A, dia disuruh lak tepon balai polis B sebab kawasan rumah dia terletak dalam kawasan B tu sedang pencuri tu masih bersukaria oungut hasilnya.."

sori aku tak pandai nak sampaikan sangat pe yang aku dengar tp cite dia lebih kurang gitu la.. menarik untuk dijadikan bahan perbincangan tp aku takut aku lak yang kene kang....

pe perasaan korang kalu kene kat batang idung sendiri.. pada aku talian ni diguna untuk memudahkan urusan kita.. supaya sesuatu tindakan tu cepat diambil dan dapat menenangkan situasi si pengadu.. tp kalu dah banyak sangat pas baton caner nak cepat, cekap n berkesan kn.. mungkin sebab banyak sangat dapat panggilan palsu kot. huhu..

pa pe pada aku bukan alasan yang kita nak tapi sejauh mana tindakan yang dapat dibuat.. pikir-pikirkanlah..

Khamis, 31 Januari 2013

amarah

salam

tak dinafikan sume orang ada perasaan marah..
kadang perkara kecil leh wat kita mengamuk sakan n kadang salah besar kita leh cool down lg.. pelik gak kn..

pe yang penting caner kita nk hadapi rasa marah tu.. macam2 benda buruk leh jadi bila kita marah.. dari memukul sampai la membunuh.. mmg dahsyat kn..

terbaru bila baca paper ada 13 ekor gajah pigmi kat sabah mati sebab tmakan racun tikus.. xtau la pe perasaan orang yang meracun gajah tu.. mungkin dia marah sebab gajah tu musnahkn tanaman dia n umpan gajah tu makan pokok pisang yang diisi ngan racun.. kita pn xtau.. spekulasi aku je tu..

marah yang amat sangat sebenarnya tak baik untuk kita.. kita boleh jadi hilang akal dan pertimbangan baik buruk satu2 perkara tu.. masa tu apa yang kita rasa tu la yang kita buat.. tambah lak setan lagi suka menambahkn api marah yang tengah marak dalam hati tu.. lagi tbako rasa. ikot hati mati ikut rasa binasa.. pepatah orang dulu2 da sebut.. jangan menyesal tak sudah cukup la.. fikir dulu sebelum nak buat apa2.

dalam hadapi amarah ni nabi da pesan.. yang utama bila kita marah g amek wuduk supaya tpadam api marah tu. kemudian tunaikn solat.. kalu xnk wat gtu tukar posisi je leh gak.. kalu masa marah kita tgh berdiri so elok kita duduk.. tu pn leh kurangkn marah.. n istighfarlah banyak2 semoga cepat hilang marah tu..

berapa banyak orang kita yang time marah keh control marah dia n berapa banyak pulak yang tak boleh tahan.. sama2 kita renungkn..

Selasa, 29 Januari 2013

karma

lama dah tak jenguk blog ni..

sibuk kebelakangan ni.
idea nak tulis ada tapi masih terawang-awang lagi. so aku just biarkan aje..

melalui kehidupan seharian macam biasa. teruskan hidup walau tertekan walau bergembira dan walau apa jua yang kita lalui.. kita yang create apa yang kita nak. orang lain tu adalah masalah yang harus kita tangani. macam mana nak hadapi kene fikir sendiri. huhu..

hidup seharian kita berkait rapat dengan sume orang. macam mana kita layan orang macam tu la orang akan layan kita. kene fikir kalau orang layan kita acuh tak acuh adakah kita layan orang tu dengan sebaik-baiknya sebelum ni. atau adakah kita sahaja yang nak orang layan kita dengan baik sedangkan kita sendiri tak buat apa-apa untuk melayan orang tersebut dengan baik. boleh ke gitu?

pernahkah kita fikirkan semua tu. kadang-kadang walau kita dah buat sebaik yang mungkin tapi masih lagi tak berhasil dapatkan pengertian dan perhatian orang. masih lagi orang bersangka buruk dan endah tak endah kat kita. anggaplah semua tu ujian. berlapang dada juga perlukan kekuatan. semua benda yang kita nak buat kena ada kekuatan dan keberanian. so teruskan hidup. jangan terus dibaluti kekecewaan dan kehampaan. fikir setiap perbuatan kita dan nilaikannya semula. nasib kita takkan berubah kiranya kita tak mengubahnya.