Halaman

emas

Sabtu, 10 Mac 2012

belajar berenang

salam semua..

malam tadi masa penutup sesi berita tv9 something yang menarik dorang siarkan.. 
ajar anak berenang pada usia 3 bulan? tapi aku tengok macam 3 tahun je.. anak2 orang putih bese la beso2 belaka.. hahaha

apa yang menarik di sini adalah apabila melihat budak2 yang tak tahu nak berjalan lagi dah pandai berenang. memang ajaib. macam mana dorang lakukan kn...

tu belum lagi yang bersalin dalam air kan. uniknya mengikut kajian sains, bayi yang baru lahir ni kalau dilahirkan dalam air secara automatik dorang tau tahan nafas dan boleh terapung? hmm macam menarik.. tapi kat malaysia ni ada ke orang nak bersalin dalam air? tak penah dengar lagi.. hehe.. 

bercakap pasal berenang ni kat malaysia ni boleh kira berapa orang yang tau berenang.. ye ke?.. hmm kalu ramai yang pandai berenang dah pasti tak banyak kes2 lemas yang terjadi.. sebenarnya kita kekurangan usaha untuk belajar berenang ataupun memang tak minat nak belajar pun..

sebenarnya berenang ni memang baik untuk kesihatan.. semua anggota tubuh badan digunakan untuk berenang. pergerakan yang dibuat melalui berenang boleh menguatkan sistem pernafasan dan juga anggota tubuh badan kita.. jadi marilah kita belajar berenang. kadang2 apa yang membataskan untuk kita belajar berenang ni adalah pihak pengurusan kolam renang tu suruh kita dok pakai swimming trunk la @ pakaian renang yang memang susah untuk kita nak pakai.. kebanyakan orang malaysia ni kan majoriti beragama islam.. kene paham la sensitiviti tu. bagi la dorang pakai pakaian yang menutup aurat.. tak salah kan.. 

so kalau tak nak susah2 g kolam renang boleh la cari kawasan rekreasi yang airnya cetek untuk proses belajar berenang. anda bolehlah belajar sorang sorang atau cari kawan yang pandai berenang. kalau tak ada kawan yang pandai berenang anda bolehlah mencari buku tentang belajar berenang.. pelajari teknik2 berenang yang betul dan mudah untuk anda melakukannya...

sekiranya sukar untuk anda mencari buku tersebut tak perlulah anda bersusah payah ke hulu dan ke hilir lagi. di sini ada jalan penyelesaiannya. dapatkan buku belajar berenang tersebut di sini tanpa perlu keluar dari rumah. mudah bukan. jangan ketinggalan untuk mendapatkannya segera. penuhkan koleksi buku2 anda dengan tambahan buku belajar berenang ini.

sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan