Halaman

emas

Selasa, 24 April 2012

jatuh bangun

salam..

adakala dalam hidup ni kita hepi
adakalanya kita sepi
jatuh dan bangun kehidupan ini
semua tu akan kita rasai

begitu juga aku
kala ini tiada motivasi diri
nak kerja pun kene paksa diri
padahal tu la punca rezeki

berlainan dengan dulu
tiap-tiap hari penuh semangat
datang kerja segalanya cepat siap
sekarang datang kerja semua lambat siap

mana menghilang semangat
mana perginya semua keringat
aku pun tak dapat jawab
mungkin aku yang dah malas
atau aku dah mula rasa culas
bosan dengan semua kerja yang ada
atau aku dah takde motivasi nak bekerja..

jatuh bangun dan turun naik
ibarat roda berpusing membawa diri
ke atas dan ke bawah
ke bawah dan ke atas
semua jadi asam garam kehidupan
semua jadi masam manis perjalanan
sebelum tiba detik penentuan
sebelum datang hari pembalasan

bersediakah aku pada masa itu?

Selasa, 17 April 2012

pasang surut

salam semua..

setiap hari yang dijalani ada pasang surutnya..
macam laut pun ada pasang surutnya..
manusia pun tak terkecuali
mengalami pasang surut kehidupan

hari ini rasa bahagia
esok berdukacita
hari ini tenang jiwa
esok bergelora
hari ini kawan ramai
esok keseorangan
hari ini untung besar
esok tak dapat apa...

begitulah seharian kehidupan ni..
kata orang ingat lima perkara sebelum lima perkara..

    1. kaya sebelum miskin
    2. lapang sebelum sempit
    3. muda sebelum tua
    4. sihat sebelum sakit
    5. hidup sebelum mati..

semua tu merupakan pasang surut hidup ini..
beringatlah semua sebelum terkena..
redho dengan apa ketentuanNya
barulah jiwa tenang sentiasa
perkukuhkan iman di dada
dan ketaqwaan di dalam jiwa
semoga kita sentiasa berada di dalam jagaanNya
semoga kita sentiasa dibantuNya..

mohonlah sentiasa padaNya
Dia sentiasa terbuka menerima
andai memohon pada manusia
belum tentu ada yang mendengarnya

andai kau kesempitan banyakkanlah istighfar
andai kau bersenang lenang banyakkanlah ucapkan alhamdulillah
andai kau ditimpa kecelakaan ucapkanlah innalillah
andai kau sentiasa mengingatiNya
Dia akan sentiasa mengingatimu
walau kita tak pernah mengingatiNya..
daripadaNya kita datang
kepadaNya kita akan kembali

hidup ini hanya sementara
terpulang kepada kita mencoraknya

sekian..



Rabu, 11 April 2012

ngantokkk

permulaan untuk aku meninggalkan tidur awal setiap malam
dan memulakan hari yang awal setiap pada..
memang sudah menjadi kebiasaan untuk aku tidur awal
dan memang dah biasa bangun awal

cuma bila dah mula kerja lebih masa ni kene tido lewat
dan bangun awal untuk pergi kerja..
memang mengantokk.. huhu
kene biasakan diri...

keje part time ni memang memakan masa dan tenaga
perhatian jangan kira la...
tapi kepuasan tetap ada
tambah lak bos bagi kebenaran aku letak barang sendiri
wah seronok bukan main..

tapi banyak gak modal kuar nak letak barang sendiri
berabis sket takpe asal puas ati
sambil2 je kan..
ada rezeki syukur alhamdulillah
kalu takde rezeki innalillah..
tapi aku tak rugi sangat sebab tak payah kuar modal banyak nak sewa tapak..
kira rezeki gak la tu kan.. alhamdulillah..

sebenarnya aku seronok bila dapat hasil part time ni..
menjual barang bos sambil jual barang sendiri
mula sket2 dulu nanti ada rezeki boleh jadi bos sendiri.. insyaAllah
hmm mesti korang nak tau part time pe yang aku wat kan..

yeahhh.. aku sekarang jual minyak wangi... bukan minyak dagu ek..
jom la singgah kat kajang.. malam2 aku ada kat sana kecuali isnin..
penat memang penat
letih memang letih
ngantok usah citer la
tapi yang penting aku puas
n kurang2 aku dapat improvekan diri menuju ke hadapan..
doakan aku berjaya.. insyaAllah..

Isnin, 9 April 2012

NO SCAM

salam semua..

artikel ni aku copy dari emel yang aku dapat dari irfan khairi.. sori aku tak ada masa buat link ke pe lebih2.. jadi enjoy baca ek..

kepada encik irfan khairi harap jangan marah ek.. ni nak kongsi stail amatur nye.. huhu


Artikel pilihan: Formula mengelak penipuan SCAM - "NO SCAM!"
Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...
Contoh:

  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu pada sesuatu SCAM
Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!
N bermaksud: NAME.
anonym.jpgNAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.
O bermaksud: OVER PROMISE.
OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!
S bermaksud: SEARCH.
search.jpgInternet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.
Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!
C bermaksud: CONTACT.
Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!
A bermaksud: ASK.
ask.jpgTanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!
M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.
Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)
Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.
Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?
  • NAME
  • O - OVER PROMISE
  • SEARCH
  • CONTACT
  • ASK
  • M - MAKE SURE!
Maklumat tambahan:
Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh link kepada tip hari ini. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!