Halaman

emas

Jumaat, 24 Februari 2012

permulaan hari

apakah matlamat anda setiap hari?
sudahkah anda tetapkan matlamat anda hari ini?
bagaimanakah ingin mencapai matlamat anda?

setiap yang bermula ada tujuan dan matlamatnya yang tersendiri
tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu...
itulah matlamat utama setiap insan
adakah kita telah mencapainya?
selagi masih hidup teruslah berusaha meningkatkan diri
menjadi insan yang lebih baik..

begitu juga aku..
berusaha menjadi lebih baik
walau seringkali tergelincir
aku teruskan menuju matlamat utama
nyata kelemahan bukan untuk berputus asa
sebaliknya jadikannya kekuatan agar terus berusaha
menjadi lebih baik..

jatuh bangun jatuh bangun semula
andai tak mampu
kau merangkaklah seadanya
agar sekeliling tahu
kau masih berusaha mencapai matlamatmu
walau perlahan walau kau berdiam
usahalah.. usahalah.. usahalah
kau pasti ketemu jua penghujungnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan