Halaman

emas

Jumaat, 25 Mei 2012

apa2 aje...

fuhhh dah lama tak post apa2...

sekarang ni tengah kering idea nak tulis pe..
jadi aku just membebel je apa yang patut..
sekarang ni piala thomas dah start..
sedih malaysia kalah kat china kat suku akhir
sedih gak chong wei injured..
ngeri gak tengok kaki dia macam nak terlipat tu..
anyway gudluck masa olimpik nanti..

musim bola pun dah abeh.. kat malaysia je lum lg
tahniah chelsea menang piala juara liga euro
tahniah mancester city menang piala liga england
tahniah real madrid menang liga sepanyol
kesian barcelona.. huhu
yang penting messi n ronaldo bersaing sengit berlumba2 sumbat gol
hebat betul dorang tu..

pa pe pun tahniah kat nazmi faiz sebab dapat main kat portugal nanti
memang aku pun minat cara permainan dia.. cool

musim guru2 berpindah sekarang dah bermula
kepada yang berjaya dapat pindah tahniah diucapkan
kepada sesiapa yang tak berjaya leh cuba lagi..
huhu

cuti sekolah pun dah start sekarang ni
rancanglah cuti anda dengan berkualiti
balik kampung jenguk mak ayah kat sana
pergi berkelah mandi manda
melancong dalam n luar negara
yang penting jaga keselamatan di jalan raya..

yang penting apa2 pun yang korang buat
yang pasti setiap permulaan yang lama akan ada permulaan yang baru
yang pasti setiap pengakhiran yang lama akan ada pengakhiran yang baru
bermula dan berakhir
bertemu dan berpisah
pusingan yang selalu kita lalui dalam hidup ini..

sekian..

Rabu, 16 Mei 2012

peralihan

dari kecil hingga remaja
dari remaja hingga dewasa
dan kini menginjak ke usia tua
peralihan masa seiring dengan peralihan zaman
masa tak akan menunggu kita
zaman akan meninggalkan kita
dan kita.... berada di mana..

peralihan yang dilalui
makin mematangkan diri
makin memotivasikan diri
makin meningkatkan keyakinan diri

dari kecil hingga remaja
dari anak manja kepada nakal gila
bermain tak tentu hala
mengikut rakan bagai apa
mula belajar mencuri, membohongi dan apa lagi
sehingga segala macam onak dan duri
di satu sudut terasa hebat tanpa memikirkan akibat
di satu sudut terasa bebas tanpa ada batas
sekehendak hati semahu diri
apa yang hendak itulah yang dibuat

dari remaja hingga dewasa
kembali pasif dan duduk kat rumah sahaja
pemikiran matang mula menjelma
membezakan baik buruk perbuatan
membetulkan segala kesilapan
meningkatkan semula keimanan
masih lagi aku ketinggalan
mengurung dan mengasingkan diri
mula mendiami dunia asing sendiri
dan mula terasa asing di dunia ini...

kekok dan gementar
saat keluar dari tempurung duniaku
terasa bagai bertambah kebebasan
menatap alam dalam pandanganku sendiri
tak hirau apa yang orang lain katakan..
asing dan terasing..
aku yang mengasingkan...
dan aku semakin menjauh...
dari kawan dan dari orang
semua ditinggalkan..

tinggal aku yang terawang
tinggal aku seorang

kecik ati rendah diri

wahhh...

tajuk ni aku pilih sebab aku rasa ni memang sesuai untuk aku.
sebab pe... sebab aku selalu cepat sangat down kot..
cepat kecik ati, cepat marah, cepat sejuk, cepat cepat cepat... sume cepat bab perasaan ni..
cuma reaksi aku je yang lambat..
hahaha..
selalu slow dalam tindakan.. berlengah la tu jawapannya..
emm bercakap pasal kecik ati rendah diri ni memang sejak dari kecik lagi da macam di tanam dalam diri..
mungkin aku kot yang sendiri terasa n banyak sangat memikir.. negatif thinking... hmm

kadang2 suasana dalam rumah pun memainkan peranan gak..
mungkin aku yg cepat kecik ati kot..
bagi mak yang bertungkus lumus untuk menjaga dan membesarkan kami 7 orang adik beradik...
penat dan letih.. dan aku yang mungkin tak memahami
setiap kali dimarah dan dileteri.. makan hati kecik ati dan memencil diri..
mungkin aku terlalu memikirkan.. kenapa mak orang tu macam tu. kenapa mak orang tu macam ni
tak macam mak aku yang macam ni.. kenapa mak aku tak macam mak orang tu.. kenapa, kenapa n kenapa..

aku yang kecik ati.. aku yang selalu membezakan..
tapi kini aku memahami..
terima kasih mak sebab membesarkan aku..

hidup kita adalah apa yang kita rasa..
perkembangan dalam diri adalah tentang apa yang kita fikirkan
positif, negatif, neutral atau apa pun...
kita yang mencorakkan setelah fikiran matang yang mendewasakan
setelah didikan ibu bapa yang menentukan
ke mana hala tuju
atau tak tentu hala tujuan

berfikiran positif dan terbuka menerima kelemahan
berazam mahu memperbaiki segala kekurangan diri
itulah tekad di hati..
moga aku kan jadi lebih baik di kemudian hari...