Halaman

emas

Selasa, 10 Julai 2012

senario hari ini

sebenarnya aku pun tak tau macam mana nak mula
ni bukan pasal citer senario kat tv3 tu ke pe
cuma pandangan pasal pe yang aku tengok n pandang..
hehehe.. kira cuci mata la namanya

kebelakangan ni aku perati da macam2 pe'el manusia sekarang
perempuan bergaya macam lelaki
lelaki bergaya macam perempuan
perempuan nak jadi lelaki
lelaki lak nak jadi perempuan

haaa.. panjang cerita tu..
tapi aku ni tak pandai cerita..
so pendek je aku nak cite.. hehehe

perempuan berambut pendek da macam stail lelaki
lelaki lak suka pakai rantai, subang n gelang
mengalahkan perempuan lak aku tengok..
da terbalik lak tengok..
orang perempuan sekarang ni pun jarang aku tengok nak pakai sume tu..

walaupun aku ni tak pandai sangat bab agama
tapi boleh pikir sendiri pasal ni sume..
mungkin pegangan agama yang lemah pun punca semua ni..

tanda2 akhir zaman apabila lelaki menyerupai perempuan dan
perempuan lak menyerupai lelaki..
kalu tengok banyak lagi tanda2 yang lain
tapi aku sendiri pun tak pandai nak mengulas benda2 ni..
nampak sangat tak pandainya aku.. huhu..

yang penting kita sebagai umat islam perlu saling tegur menegur
jangan hanya cakap jaga kain masing-masing
kubur masing-masing..
sebab tempiasnya bukan setakat kat kita je
sume orang akan terasa..
jadi ingatlah sama orang2 sekeliling kan..

kelebihan kekurangan

pada suatu hari seorang budak pergi ke sekolah
di sekolah si murid mendengar cikgu berkata
"berani kerana benar".. kalau tak buat salah kenapa nak takut kan..
lalu si murid balik ke rumah dengan kata-kata cikgu yang terpahat dalam hatinya.

kemudian pada suatu hari..
si murid dan kakaknya, ye kakaknya pergi melastik buah pinang kat belakang rumahnya..
budak2 bese la saja2 menggatal tangan main itu main ini..
kemudian masa tengah syok melastik tu... tiba2..
tung, tang, tung, tang, ktang. ktung, tung...
bunyi batu yang dilastik jatuh di atas bumbung rumah sebelah..
si kakak yang tersilap lastik tu cepat2 menyorok sebab takut kena marah
si murid ni masih lagi mengenangkan kata2 cikgu tersebut duduk tercegat saja
pikirnya berani kerana benar, bukan aku yang buat salah.. kakak yang salah

si murid ni betul2 berpegang dengan apa yang cikgunya cakap..
tiba2 keluar si anak jiran dengan tak semena2 terus menghamburkan kata2 yang penuh dengan kemarahan kepada si murid..
keyakinan si murid mulai goyah pada masa itu..
betul ke berani kerana benar? kenapa orang yang tak buat salah pun kena marah? fikirnya lagi..
semakin lama semakin goyah pendiriannya..
semakin difikirnya maka menjadi semakin takut si murid ini..

berbalik pula di rumah..
si murid ini pada mulanya seorang yang bersemangat untuk bertanya itu dan ini
sebaliknya apa yang ditanya dijawab dengan kasar dan nada yang tinggi..
si murid tadi makin menjadi takut..
macam2 yang bermain difikiran..
sudahnya si murid tadi makin takut untuk bertanya
makin takut untuk bersuara..
dirumah dan disekolah si murid tadi menjadi pasif
pendiam..

psikologi si murid tadi menjadi lemah
semangat yang ditanam hanya tinggal semangat
xmampu untuk dibuat
takut dan takut..

keyakinan diri mulai longgar
hatinya mulai goyah
ditatap sekeliling, ditanya diri sendiri
kenapa orang lain begitu, kenapa orang ni begitu
kenapa orang tu boleh buat
kenapa begitu kenapa begini..

semuanya ke arah yang tak seiring dengan pemikiran si murid..
berlegar di dalam dunia fantasinya sendiri
mengimpikan sebuah keriangan
mendambakan secebis harapan.

semuanya kelam.. tinggallah dia sendirian
hanyut dalam dunianya sendiri
menantikan sedar dan sinaran yang akan menerangi
dapatkah kan tercapai ?