Halaman

emas

Isnin, 27 Februari 2012

jimat elektrik

kali ni aku postkan something yang menarik untuk dikongsi bersama.
layan je. 

MAHUKAH ANDA MENGURANGKAN BIL ELEKTRIK ANDA ANTARA 10% ~ 40% SETIAP BULAN?!

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGURUSKAN DAN
MENURUNKAN BIL ELEKTRIK ANDA DENGAN MUDAH DAN TANPA PERLU MENGGUNAKAN SEBARANG ALAT PENJIMATAN ELEKTRIK!

 Adakah anda salah seorang yang menanggung bil elektrik yang tinggi setiap bulan?. Sudah berkali-kali cuba mengurangkan penggunaan peralatan elektrik, namun penjimatannya hanya sedikit sahaja atau kembali semula tinggi pada bulan yang berikutnya.
Ada yang menggurangkan masa menonton televisyen bagi mengurangkan bil elektrik. Tetapi bagaimana pula jika rancangan yang disediakan oleh stesen televisyen menarik? Pastinya anda tidak mahu terlepas menontonnya.
Ada yang menggunakan penyaman udara dengan cara membuat pelarasan yang minima, tetapi hanya seketika kerana tidak puas dengan situasi tersebut, lalu menaikan pelarasannya kepada tahap yang lebih tinggi sedikit.
Apabila kerajaan mengumumkan akan kenaikan tarif bil elektrik, anda menjadi salah seorang yang merungut kerana pastinya anda akan membuat penambahan terhadap kewangan bulanan anda. Anda juga telah membeli peralatan jimat elektrik, namun hasilnya kurang memuaskan dan peralatan tersebut hanya bertahan beberapa tahun sahaja.

HAKIKATNYA!!!

Selagi anda tidak tahu dalam pemilihan aksesori peralatan elektrik dan kaedah menggunakannya dengan betul, maka anda adalah terdedah kepada
pembaziran tenaga elektrik.
Tenaga elektrik tidak dapat dilihat dengan mata akan pengaliran keluar tenaga yang dibazirkan, ia memerlukan ilmu pengetahuan bagi membendung masalah tersebut dari berterusan.
Selepas tahun 2010 adakah subsidi kerajaan akan berterusan?. Tentu semuanya harap ia akan berkekalan. Adakah dengan subsidi ini kita akan terus menerima bil elektrik di bawah RM 20 setiap bulan?. Mungkin ada lagi peralatan tambahan yang kita akan tambah di rumah kita kelak seperti penggunaan komputer/laptop kerana perkembangan teknologi mendorong kita memilikinya.

TAHUKAH ANDA!!!

Tarif elektrik domestik kini dikaji semula setiap enam bulan. Peningkatan kos bahan api bagi menghasilkan tenaga elektrik akan dikongsi bersama dengan pengguna. Ini bermakna jika bahan api meningkat, maka tarif elektrik juga meningkat.
Peningkatan bil elektrik ini tidak memberi keuntungan tambahan kepada pihak pembekal tenaga elektrik pun. Peningkatan ini hanya bagi menampung kos penghasilan tenaga elektrik sahaja.

JADI APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Mahu atau tidak.. anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia mengambil insentif sendiri untuk berusaha menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Untuk itu, ilmu "pengurusan tenaga elektrik" perlulah dikuasai. Ianya untuk membolehkan anda menggunakan tenaga elektrik dengan optimun dan berkesan. Masalah bil elektrik yang tinggi sebenarnya, bukan berpunca daripada penggunaan peralatan yang besar atau pun penggunaan yang terlalu lama. Tetapi, ianya adalah disebabkan kerana anda tidak mengetahui bagaimana sesebuah peraltan elektrik itu menggunakan kuasa elektrik.
Jadi, sudah masanya untuk anda mempelajari rahsia tersebut dan sekaligus menjimatkan bil elektrik di rumah anda!

 

KURANGKAN BIL ELEKTRIK ANDA SEKARANG!

Memperkenalkan ebook "Jimat Elektrik!" , satu-satunya ebook panduan yang lengkap tentang penjimatan elektrik di rumah. Di dalam ebook ini, anda akan didedahkan dengan pelbagai tip serta pengetahuan yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini tentang perihal penjimatan elektrik.
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman saya yang telah lama menceburkan diri didalam bidang elektrik sejak dibangku sekolah menengah lagi. Oleh kerana isu kenaikan tarif elektrik sentiasa menjadi topik hangat dan banyak yang tidak puas hati dengan kenaikan bil elektrik setiap kali diumumkan, maka saya mengambil daya insiatif menghasilkan ebook ini.
Isu penjimatan tenaga elektrik ini telah sebati dalam diri saya kerana isu ini berterusan sehingga ke tempat kerja saya sekarang. Cuma bezanya adalah ia sebuah industri bukan lagi domestik.
Dari pengalaman saya, pembaziran wang boleh dikesan dengan membuat pengiraan semula. Tetapi pembaziran elektrik tidak dapat dikesan kerana tenaga elektrik tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia hanya boleh dibendung dengan teknik dan pengurusan yang betul dalam penggunaan tenaga elektrik.
Apa yang menarik perhatian saya adalah. Kita kena menguasai dan tahu selok belok bagaimana peralatan elektrik dirumah itu berfungsi , barulah kita tahu kaedah yang sebenarnya dalam mengawal tenaga elektrik.

ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut? klik di sini.

diari...

jumpa lagi..

hari ni kita berbicara tentang diari...
ada macam2 jenis diari yang yang pernah kita tulis. 
diari hidup, diari perniagaan, diari pekerjaan.. pendek kata perkara rutin la..
tapi pernahkah anda terfikir bahawa semasa hamil pun ada diarinya..

setiap ibu bapa mahukan anak2 yang cemerlang.. ikuti tip2 yang terdapat dalam buku ini yang amat berguna buat ibu2 mengandung dan juga sebagai pedoman kepada bakal bapa..

jangan hanya harapkan isteri untuk melakukan semua. tanggungjawab mendidik terletak pada tangan suami.. jadi didiklah anak2 semenjak dalam kandungan. disamping mendidik anak dapat juga mendidik isteri yang liat nak dengar nasihat. huhu.. kira dua dalam satu la tu.. psiko gak tuh..

pa pe pun ni dia discription pasal diari ni.. jangan lupa dapatkannya pada harga yang berpatutan. 

DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang.
Buku ini MESTI DIMILIKI kerana:
  • Memberikan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan
  • Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin
  • Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi
  • Mendedahkan panduan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim
  • Senarai semak, catatan ibu, memo ibu, dan ruang-ruang meletakkan gambar-gambar ultra-sound bayi anda dan lain-lain lagi
  • Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi sepanjang hayat
Buku yang Mesti Dimiliki Oleh setiap Bakal Ibu dan juga Bakal Bapa yang Cemerlang!!!

dapatkannya di sini segera.

Sabtu, 25 Februari 2012

kerja

hari ini pergi kerja sedang orang lain bercuti..
hmm tak bestnye..
tapi yang best dapat update blog.. hahaha
ni nak keje ke nak berblog..
haru-haru.

kerjalah sepenuh hati..
curi masa kalau dah bz
buat hilang stress
agar tenang semula dihati..

setakat ni saja untuk hari ini.. sambung keje semula...

bersuci

jumpa lagi..



kali ini kita akan berbicara mengenai bersuci..
kadangkala kita ambil remeh berkaitan hal ini..
tahukah anda amalan bersuci adalah suatu yang perlu kepada kita.
dengan bersuci kita menjaga kebersihan diri, sama ada zahir atau batin..


bersuci merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan kita.
namun berapa ramaikah yang mengambil berat akan perkara ini?
lihat sahaja ditandas2 awam sebagai contoh... 
berapa banyak tandas awam yang benar2 menjaga kebersihan?
berapa ramai pengguna tandas awam yang bersuci selepas kencing?
berapa ramai yang menjaga adab semasa bersuci?


segala persoalan tersebut anda sendiri yang menjawabnya. tepuk dada tanyalah hati.
adakah sudah mencukupi dengan ilmu yang ada.


sekiranya tidak.. apa kata kita sama2 menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan bersuci dengan mencuba buku TAHARAH (Bersuci).


Buku ini memberikan jawapan kepada pelbagai persoalan remeh-temeh berkaitan TAHARAH (Bersuci) yang kadang-kadang anda malu untuk bertanya.
Adakalanya anda tidak terfikir bahawa perkara remeh-temeh ini boleh membelenggu amal ibadah anda. Sahkah amal ibadah yang anda lakukan? Mengapa orang memberikan jawapan yang berlainan setiap kali anda bertanyakan kemusykilan?
Dapatkan japawan sebenarnya di sini...
Anda punya kemusykilan dalam perkara-perkara berikut? Buku ini MESTI BACA buat anda...
  • Permasalahan najis, anjing, khinzir, alkohol dan arak
  • Jenis-jenis air, kaedah beristinjak, wudhu dan mandi junub (wajib)
  • Perihal air mani, air mazi, air wadi, haid dan nifas, wiladah dan berkhatan
  • Kemusykilan berkaitan tayammum, khuf dan bersuci bagi orang yang sakit... dan lain-lain lagi


dapatkan buku TAHARAH (BERSUCI) segera di sini.

Jumaat, 24 Februari 2012

apa yang kau cari

ya pasti anda tertanya-tanya kenapa tajuk yang diberi begini.
sengaja aku masukkannya begitu..
di sini akan aku sharekan beberapa link yang menarik untuk dikongsi/promosi bersama.
tak kisah untuk perkongsian apa pun..
andai anda suka baca buku bolehlah berkongsi laman sama ada ebook, komik, majalah atau apa-apa sahaja link di sini..
jom kita tengok sama-sama..


permulaannya aku nak perkenalkan satu buku yang menarik. ya satu buku untuk satu masa.. cukupla gtu kan.
banyak2 sangat nnti jemu pulak..


kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil diperkenalkan satu buku yang amat berguna untuk anak-anak anda belajar membaca dengan lebih sistematik dan berkesan. ketahui cara-cara yang efisen dan kaedah yang berkesan untuk mengajar anak anda sendiri di rumah. 


tak lupa juga kepada guru taska atau tadika, buku ini amatlah berguna untuk anda memilikinya.. dapatkan segera untuk memudahkan dan menjadikan sesi pengajaran lebih menarik dengan ilmu-ilmu yang disampaikan di dalam buku ini..

berikut detail berkaitan buku tersebut:

Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku ini mengandungi langkah-langkah pengajaran secara terperinci dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan berdasarkan susunan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Sukatan ini hendaklah dipakai bersama dengan buku aktiviti Bacalah Anakku iaitu Fonetik Ekspres 1 & 2 serta buku Permainan Kreatif.
Bagi memudahkan pengajaran guru, Rancangan Mengajar ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu:
  • Kanak-Kanak 4 Tahun
  • Kanak-Kanak 5 Tahun
  • Kanak-Kanak 6 Tahun
  • Pelajar Program KIA2M di Sekolah Rendah

Semoga buku ini dapat membantu guru-guru (juga ibu bapa) mengajar membaca menggunakan Bacalah Anakku dengan lebih sistematik dan berkesan.
Tentang Penulis:
Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi telah lama berkecimpung di dalam dunia pendidikan. Kajian serta pengalaman mereka berkenaan perkembangan intelek kanak-kanak telah menghasilkan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Kaedah Ini terbukti berkesan membantu anak-anak membaca pada usia prasekolah lagi.


sekiranya anda berminat dapatkan buku rancangan mengajar bacalah anakku segera.

permulaan hari

apakah matlamat anda setiap hari?
sudahkah anda tetapkan matlamat anda hari ini?
bagaimanakah ingin mencapai matlamat anda?

setiap yang bermula ada tujuan dan matlamatnya yang tersendiri
tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu...
itulah matlamat utama setiap insan
adakah kita telah mencapainya?
selagi masih hidup teruslah berusaha meningkatkan diri
menjadi insan yang lebih baik..

begitu juga aku..
berusaha menjadi lebih baik
walau seringkali tergelincir
aku teruskan menuju matlamat utama
nyata kelemahan bukan untuk berputus asa
sebaliknya jadikannya kekuatan agar terus berusaha
menjadi lebih baik..

jatuh bangun jatuh bangun semula
andai tak mampu
kau merangkaklah seadanya
agar sekeliling tahu
kau masih berusaha mencapai matlamatmu
walau perlahan walau kau berdiam
usahalah.. usahalah.. usahalah
kau pasti ketemu jua penghujungnya..

Khamis, 23 Februari 2012

pemandangan






ini adalah pemandangan yang paling aku sukai.. gambar ini ditangkap di Dungun Terengganu sewaktu matahari mula-mula terbit. amat mendamaikan. kepuasan yang tak dapat digambarkan bila dapat tangkap gambar yang cantik ni. mungkin tak setaraf otai2 di luar sana cuma ingin berkongsi keindahan alam sahaja..

kurenung-renung indahnya alam ciptaanMu
betapa hebat dan agungnya
tanpa pena dan tinta
Kau lukiskan panorama dan pemandangan pelbagai rupa
setiap saat dan ketika
tidak pernah leka
Kau menyajikan hamba-hambaMu
dengan segala keindahan dan kehebatanMu...

Selasa, 21 Februari 2012

kehidupanku

hidup ni umpama laut
ada masa pasang ada masa surut
ada masa senang ada masa sempit
ada masa riang ada masa sedih
ada masa tenang ada masa ribut

bergantung pada kita bagaimana nak menangani sesuatu permasalahan
kalau rasa berat rajin2 la kongsikan
tapi jangan sampai orang rasa bosan
nanti kita gak yang ditinggalkan

pasrah bukan penyelesaian
tapi cuma penenang keadaan
kerana dalam hati terbuku ketidakpuasan
tunggu sampai masa nak meletup panjang

kadangkala berat kadangkala ringan
dugaan yang datang tak dijangkakan
persediaan harus dalam perancangan
agar tidak tertekan kemudian


hmmmm dah macam apa dah melalut ni.. hehe
pa pe terima kasih pada yang membaca..
kepada sesiapa yang nak tengok2 buku2 yang menarik boleh la masuk ikut sini..

kepada sesapa yang nak menambah pendapatan anda boleh la masuk disini.

ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kamu sendiri yang mengubahnya


Isnin, 20 Februari 2012

pening..

permulaanku..
pening, pening. pening..
almaklumlah orang baru nak berblog..
kecetekan ilmu pengetahuan tu nampak sangat terserlah..

macam mana nak bagi  blog nampak cantik?
macam mana nak buat itu, macam mana nak buat ini?

sume pertanyaan tu bermain dalam kepala..
banyak lagi pengetahuan perlu dikorek.. banyak lagi yang perlu aku belajar dari otai2 yang lain..

harap aku dapat membaharui lagi pa pe yang patut..

adios

Ahad, 19 Februari 2012

permulaanku..

permulaanku..
blog ini aku wujudkan sebagai permulaan.
permulaan perjalanan baru dalam hidupku.
inilah permulaanku untuk menuju ke depan..
macam skema je bunyinye kan..
tapi inilah sesuatu yang baru dan sesuatu yang bererti bagiku..
semoga aku dapat maintain dan terus berblog untuk mencapai matlamat hidupku..

http://my.churpchurp.com/mizgon/share/churpchurp-invite
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=5058