Halaman

emas

Khamis, 4 Jun 2015

 Jawapan Kepada Yang Kata UAI Mengajar 'Mengata Orang'

http://adf.ly/1IHex5

hadam dan fahamkan bagaimana yang dikatakan mengata orang itu.

klik link di atas untuk penjelasan.

Selasa, 2 Julai 2013

naik naIK NAIKKKK...

semenjak dua menjak dia harga barang da makin naik. aku perasan trend ni jadi tiap2 kali lepas pilihanraya n dekat2 nak raya. satu lagi bila kerajaan umumkan kenaikan gaji kat kakitangan awam pun tetiba je harga barang pun naik.. pelik aku tengok. memang banyak efek kenaikan harga barang2 dalam hidup kita. kos sara hidup makin tinggi. orang yang berniaga terpaksa naikkan barang sebab pembekal dah jual mahal. orang kampung n yang kerja kais pagi makan petang lagi terasa.

apa2 pun hidup perlu diteruskan.walau terasa kesempitan dan perit gak menjalani kehidupan seharian kita terpaksa terima semua tu. redho je la.. huhu.. soalnya macam mana kita nak atasi masalah ni. kalau harga sayur naik katakan.. kita cuba tanam sayur sendiri. kalau harga ikan naik kita pergi paya, laut atau sungai tangkap ikan sendiri.. Nak ke kita buat macam tu?

mind set aku sekarang - daripada susah2 buat semua tu lagi baik beli kat kedai je.. mungkin macam tu gak kebanyakan orang fikir.. kalau dulu sayur2 macam sawi, kangkung, kacang panjang, kacang botol dan ulam-ulaman macam ulam raja, daun selom, pucuk ubi, pegaga serta bunga kantan, daun pandan dan daun kesum kebanyakannya boleh dipetik ditepi rumah je. sekarang ni semua tu kene beli kat kedai. sebabnye dah susah nak jumpa orang yang tanam pokok2 tu kat rumah masing2. tah2 budak2 sekarang ni dah tak berapa nak kenal dah sesetengah pokok tu..

 kalau ikutkan banyak lagi inisiatif yang boleh kita ambil. nak dengan tak nak je. lagipun sekarang ni rumah2 teres pun kebanyakannya tanah2nya disimen dan rumah flat takde tanah macam mana nak bertani kan? pokoknya nak dengan taknak je. tanam dalam pasu atau guna hidroponik pun boleh gak.. hurmm dah melalut-lalut ni.. blah dulu.. huhu..

Jumaat, 21 Jun 2013

jerebu.. jerebu..jerebu

wahhh ni memang serius giler..
nampaknye jerebu dah merebak sampai ke selangor.. memutih je bila tengok langit..
kat johor dah teruk sampai sekolah pun dah ada yang tutup.

kebakaran hutan tambah dengan cuaca yang panas sekarang memang padanan yang baik untuk jerebu. hope lepas ni takde lagi jerebu.. mungkin pengajaran dari kisah dulu2 dorang dah lupakan bila jerebu menyelubungi kawasan serantau asia tenggara.. leh jatuh ekonomi n kesihatan leh terjejas..

apakah akibat semulajadi atau kebakaran hutan tu ada yang memulakan wallahu'alam. aku tulis ni xde berdasarkan fakta apa2 just ikut pandangan aku yang sempit ni je.. kalau sebab semulajadi kita leh paham. Dia yang Maha Berkuasa atas segalanya. Kalau sebab tangan2 ghaib manusia, ingatlah tatkala Allah mahu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ni malaikat dah tanye kenapa nak jadikan manusia ni khalifah sedangkan manusia akan melakukan kerosakan atas muka bumi.. Allah jua yang Maha Mengetahui..

harap2 keadaan makin terkawal dan jerebu makin hilang. semoga rahmat Allah sentiasa bersama-sama kita.