Halaman

emas

Isnin, 11 Jun 2012

perang dah bermula

mesti terkejut baca tajuk tu kan..
ni bukan perang tembak2 atau yang sewaktu dengannya tu..
ni perang bola euro..
sekarang ni da bermula kejohanan bola sepak euro..
berprestij dan disukai ramai..
mesti ramai yang tak cukup tido sebab tengok bola..
sambil2 tu ada gak yang tengok perang antara mentor n protege kat tv3
tahniah la pada yang menang tu..

berbalik pada perang bola ni mesti ramai yang frust bila pasukan masing2 kalah kan..
nasib baik pasukan feveret aku seri.. hehe.. fuuhhh
takpe sepak mula baru je bermula..
permulaan yang akan menuju ke arah kejayaan atau kekalahan
semuanya bermula di sini..
sama ada yang kalah akan bangkit menang atau terus kalah memanjang
atau yang menang akan kalah dan kalah lagi
atau yang menang akan terus menang dan menang lagi
dan terus menang piala yang diidamkan

hidup kita berkisar pada impian dan harapan
impian aku nak hidup senang
harapan aku nak ada duit berjuta-juta
macam mana kita nak mencapainya

dalam pada syok tengok bola jangan lupa pada perang dalam dada kita
antara keimanan dan kekufuran
antara kejayaan dan kegagalan
antara terang dan gelap
antara tekanan dan ketenangan
antara hidup dan mati

semua kita berdepan dengan cabaran
berperang nak kaya
berperang nak cari rezeki kat mana
berperang dan berperang
semuanya ingin menuju ke arah sasaran impian dan harapan yang satu
ramai yang tersasar
tak ramai yang berjaya
tak ramai yang tak berputus asa
dan ramai yang kecewa dan tak buat apa2..

harap jangan kita termasuk dalam kalangan yang kecewa dan tak buat apa2 tu..