Halaman

emas

Jumaat, 23 Mac 2012

terkenang masa dulu

salam semua..

masa dulu...
waktu keje kat Keramat AU2...
terkenang pahit manis yang aku lalui...
dengan gaji RM500 untuk survive
nak bayar utang pelajaran lagi.. makan n minum lagi..
memang cukup2 makan je..
nasib baik rumah tak payah sewa.. dok menetap kat ofis je.. 
sebabnye aku je sorang yang keje kat situ..
menaip surat.. n surat n surat.. haha

tapi bukan itu yang aku nak tekankan...
hari jumaat ni.. bila g masjid tadi tetiba terkenang...

dulu2 selalu gak aku pegi masjid...
selalu aku nampak sorang insan istimewa tu...
dengan tabahnya berkerusi roda setiap waktu tanpa jemu
membawa dirinya menjadi tetamu Ilahi di masjidNya..
dengan 2 tangan dan sebelah kaki yang tak sempurna

hanya bertunjangkan sebelah kaki
dengan jayanya menempatkan diri sebagai 
antara jemaah tetap di masjid
sedang aku yang normal ini terkadang ada selalu tiada..

tersentuh hati ini bila mengingatkannya..
kuatnya semangatnya..
mengengsot-engsot mencari saf di hadapan
sedang aku antara yang dibelakang..

betapa kuatnya semangatnya
betapa lemahnya aku yang terasa..
betapa aku perlu mencontohinya..
walau cuba aku menawarkan diri menghantarnya pulang 
ditolaknya dengan senyuman
dan menyatakan dia mampu meneruskan seorang diri..

sejak itu dari jauh aku hanya memerhatikannya
betapa semangatnya itu harus aku ambil iktibar
dalam kehidupan yang kian mencabar
baru kini aku sedar...
aku belum cukup kuat seperti dirinya...

kuatkan semangat dan terus maju ke depan...

Khamis, 22 Mac 2012

bermulanya permulaan baru

salam semua..

mesti anda tertanya-tanya.. berapa banyak permulaan daaa!!!
xpe berapa banyak permulaan pun takpe.. jatuh bangun tu kan perkara biasa..
ni adalah permulaan kedua setelah permulaan pertama yang aku lalui dulu..
permulaan memulakan perniagaan..
kali pertama adalah ketika memulakan program affiliate.. bagi aku tak perlu modal cuma promote je memang bagus.. dah cuba baru tau payah gak.. ilmu tak cukup lagi.. xpe aku belajo slow2 dulu.. sebabnye modal pun tak seberapa lagi.. yang ni aku tak putus asa lagi.. cuma nak spend masa ke situ je yang masalahnya..

kedua, aku dapat peluang berniaga bila kawan call suh jaga tapak niaga dia.. ok la tu buat masa ni cari pengalaman dulu.. nk built confident level ngan komunikasi tu bagi aku memang susah. sementelah aku ni jenis pendiam n nerves terlebih.. jadi bagi aku tu peluang yang amat berharga untuk aku majukan diri.. kene nekad la..

dalam masa yang sama aku boleh la letak produk aku sendiri kat situ. jadi dua dalam satu la.. tak payah aku bayar sewa tapi dapat jual barang sendiri kn best tu.. di masa akan datang aku nak buka akunye kedai sendiri lak. baru la namanye ada cita-cita dan impian kan.. moga cita2 tu dapat ditunaikan dalam masa terdekat ni..

sekian..

Selasa, 20 Mac 2012

bermulanya.. Permulaanku..

bermulanya... 
permulaanku..
yang telah lama ditunggu dan dirancang..
kesabaran itu satu cabaran
memulakan itu satu kesungguhan
yang memerlukan komitmen dan kesanggupan
bersama dengan ketabahan dan keringat yang berguguran

permulaanku..
walaupun hanya sekadar satu detik permulaan kecil
akan aku tetapkan agar menjadi sesuatu yang besar dikemudian hari
berkat dengan pertolongan insan tersayang disisi
betapa aku amat menghargai..

ya.. inilah permulaannya
bersusah-susah dahulu bersikit-sikit permulaannya
diharap dapat bersenang-senang kemudian dan bertambah banyak pendapatan..

kini aku baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan
pada masa ini punya stok barang yang sekadar cukup untuk dijual sambilan
mudah-mudahan suatu hari nanti dapat dijadikan modal perniagaan besar-besaran
sebagai permulaan menuju puncak kejayaan
doakan aku terus tabah ke hadapan...

inilah permulaan yang aku cakapkan. permulaan memulakan perniagaan kecil-kecilan. untuk maklumat lanjut boleh klik kat gambar aje. atau anda boleh layari facebook dan cari         easy shopping online . selamat mencuba.