Halaman

emas

Khamis, 15 Mac 2012

al-Quran Digital

salam semua..

teringat kecik2 dulu... mula2 belajar muqaddam masa umur 6 tahun. sekarang ni da tak dengar nama muqaddam.. semua orang da guna iqra'. ya bacalah... mula-mula belajar dengan ayah. alif ba ta.. alif di atas aaa.. alif di bawah eee.. alif di depan uuu.. lebih kurang gitu la..

lepas tu mula minat ikut abang ngan kakak g ngaji kat umah ustazah malam2. ustazah tu da arwah da. sekarang tinggal ustaz je. kesihatan ustaz lak tak berapa baik. sekarang ni da lumpuh.. ngat lagi dulu2 time balik kat umah malam2 ustaz selalu menyakat kitorang jd pocong. time kitorang balik dia dok selubung ngan kain pelekat kat tengah jalan n jerkah kitorang sampai bertempiaran lari tak ingat dunia.. haha..

tu dulu2 la.. kenangan indah n kenangan yang tak best pun ada. yang tu lain kali cerita. insyaAllah kalau diizinkan.

sekarang ni dengan perkembangan teknologi kita boleh belajar al Quran dari pelbagai sumber.. nak belajar ngan ustaz boleh, nak belajar kat internet boleh.. banyak medium yang kita boleh guna.. terbaru kita boleh belajar alQuran dengan menggunakan pen digital aje.. bermula dengan iqra' kita boleh mendengarkan bacaan alQuran daripada qari2 terpilih.. boleh ikut baca je atau dengar aje.. semuanya  senang dengan gadjet ni. pilihan ditangan anda.

alQuran digital ni membolehkan anda belajar di mana sahaja anda berada. bawa aja dalam poket atau dalam beg galas. senang, mudah dan ringan untuk dibawa.

anda boleh melihat demo bacaan alQuran tersebut di sini atau melihat info2 terkini berkaitan alQuran digital ini di sini. pilihan ditangan anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan