Halaman

emas

Selasa, 20 Mac 2012

bermulanya.. Permulaanku..

bermulanya... 
permulaanku..
yang telah lama ditunggu dan dirancang..
kesabaran itu satu cabaran
memulakan itu satu kesungguhan
yang memerlukan komitmen dan kesanggupan
bersama dengan ketabahan dan keringat yang berguguran

permulaanku..
walaupun hanya sekadar satu detik permulaan kecil
akan aku tetapkan agar menjadi sesuatu yang besar dikemudian hari
berkat dengan pertolongan insan tersayang disisi
betapa aku amat menghargai..

ya.. inilah permulaannya
bersusah-susah dahulu bersikit-sikit permulaannya
diharap dapat bersenang-senang kemudian dan bertambah banyak pendapatan..

kini aku baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan
pada masa ini punya stok barang yang sekadar cukup untuk dijual sambilan
mudah-mudahan suatu hari nanti dapat dijadikan modal perniagaan besar-besaran
sebagai permulaan menuju puncak kejayaan
doakan aku terus tabah ke hadapan...

inilah permulaan yang aku cakapkan. permulaan memulakan perniagaan kecil-kecilan. untuk maklumat lanjut boleh klik kat gambar aje. atau anda boleh layari facebook dan cari         easy shopping online . selamat mencuba.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan