Halaman

emas

Isnin, 5 Mac 2012

jom berhenti merokok..

jom berhenti merokok...
kalau dilihat merokok ni dah jadi budaya yang sinonim dengan kehidupan kita..
sebuah rumah mesti ada seorang perokok..
boleh dikatakan hampir separuh penduduk dunia ni merokok.. tak terkecuali perempuan..
haa jangan tak tau...
yang perempuan ni merokok sebab nak kurus, nak nampak macho? pun ye dan ada yang terikut2 member pun ada.. sebabnya kalu x isap rokok tak boleh kawan. sebab macam tu pun boleh merosakkan kawan. huhu.. dunia dunia...

orang lelaki pulak lagi hebat pengaruhnya..
masa sekolah dulu pun aku pernah isap rokok gak.. cuba2.. tapi xtahan sebab bau busuk n xsedap..
sakit tekak lagi ada la..
tapi yang herannya ramai gak yang isap rokok...

sambung balik tadi...
orang lelaki ni kalu ikutkan yang merokok sekarang ni lagi banyak dari yang tak merokok.. betul ke?
hmm cuba tengok kat kedai...
kadang yang duduk semeja tu lebih separuh yang merokok..
sebab apa merokok... lebih kurang je.. pengaruh kawan, nak cuba2, nak nampak macho n nak rasa macam mana 'high' bila isap rokok.. kalu rasa tak power tu yang sampai dok isap ganja n dadah tu.. nak cuba punya pasal.. body yang tergadai.. sekali terjebak susah nak patah balik beb..

haaa jangan tak tau merokok pun ada kebaikannya tau.. dulu2 masa aku kecik ada dengar ceramah sorang ustaz dia ada bagi beberapa kebaikan merokok..

pertama - pencuri tak berani masuk rumah
kedua - perokok ni xde yang tua
ketiga dan seterusnya... aku da lupa.. huhu

kenapa pencuri tak berani nak masuk rumah? sebabnya malam2 asyik terbatuk2 bila pencuri dengar mesti dia takut.. sebabnya ingatkan tuan rumah tak tido lagi.. haha... sekarang ni da tak kira sedar x sedar dia belasah je.. siap pakai pistol lagi merompak rumah orang..

kenapa pulak perokok ni xde yang tua? sebabnya tak sempat tua da kene byk penyakit. mati muda la kiranya.. huhu macam2. ajal dan maut ditangan tuhan.. tapi memang bahaya isap rokok ni tau..

majlis fatwa pun dah cakap isap rokok ni haram. sebabnya membahayakan diri sendiri dan orang disekeliling. orang yang tak isap rokok pun kena.. tau tak lebih 4000 bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok tu sekali hembus.. bayangkan sehari sekotak rokok isap... berapa byk pencemaran tuh.. hmmm tp nape la x diharamkan je jual rokok tu kn..

yang penting korang kene sedar akan kepentingan kesihatan diri.. jangan da sakit baru cakap tak elok merokok.. baru pesan kat anak merokok membahayakan kesihatan.. agak2 anak tu percaya tak kalu hari2 nampak bapak dia sendiri isap rokok cakap macam tu...

wah panjang lebar lak.. bosan lak korang nanti.. apa2 pun berhentilah merokok untuk kesihatan semua.. dapatkan tip2 nak berhenti merokok di sini. jagalah kesihatan korang sebelum korang yang kene jaga. ingatlah lima perkara sebelum lima perkara. semua tu penting.. nikmat yang diberi xkan ada yang dapat bagi kalau Dia dah tarik balik.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan