salam semua..
artikel ni aku copy dari emel yang aku dapat dari irfan khairi.. sori aku tak ada masa buat link ke pe lebih2.. jadi enjoy baca ek..
kepada encik irfan khairi harap jangan marah ek.. ni nak kongsi stail amatur nye.. huhu
Artikel pilihan: Formula mengelak penipuan SCAM - "NO SCAM!"
Dalam
mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja
sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang,
bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu
juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...
Contoh:
- meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
- membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
- tertipu pada sesuatu SCAM
Tip
saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita
tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini
berbunyi: NO SCAM!
N bermaksud: NAME.
NAME. Siapakah
nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut.
Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti
mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat
peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang
menjana pendapatan itu.
O bermaksud: OVER PROMISE.
OVER PROMISE. Pelaburan
atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over
promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui
bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana
ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan
SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis
berlebihan, atau OVER PROMISE!
S bermaksud: SEARCH.
Internet
penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar
dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini
untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN,
terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan
cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat.
Atau type nama program atau sistem yang digunakan.
Dengan
hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak
maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya.
Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam
SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya
menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!
C bermaksud: CONTACT.
Pastikan
anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan
tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan
berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara
hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi
secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat,
wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata
usaha lebih sikit supaya tak terjerat!
A bermaksud: ASK.
Tanya
orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri!
Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut,
kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga
supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum
melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak
bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak
tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!
M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan
anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M
sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda.
Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum
menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan
"ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun
tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.
Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?
Baca
kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti
langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM
yang berlaku keliling kita.
Bagi
anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca
blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab
point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena
SCAM tersebut?
- N - NAME
- O - OVER PROMISE
- S - SEARCH
- C - CONTACT
- A - ASK
- M - MAKE SURE!
Maklumat tambahan:
Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh link kepada tip hari ini. Ini
kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita
dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan
kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan