Halaman

emas

Selasa, 29 Januari 2013

karma

lama dah tak jenguk blog ni..

sibuk kebelakangan ni.
idea nak tulis ada tapi masih terawang-awang lagi. so aku just biarkan aje..

melalui kehidupan seharian macam biasa. teruskan hidup walau tertekan walau bergembira dan walau apa jua yang kita lalui.. kita yang create apa yang kita nak. orang lain tu adalah masalah yang harus kita tangani. macam mana nak hadapi kene fikir sendiri. huhu..

hidup seharian kita berkait rapat dengan sume orang. macam mana kita layan orang macam tu la orang akan layan kita. kene fikir kalau orang layan kita acuh tak acuh adakah kita layan orang tu dengan sebaik-baiknya sebelum ni. atau adakah kita sahaja yang nak orang layan kita dengan baik sedangkan kita sendiri tak buat apa-apa untuk melayan orang tersebut dengan baik. boleh ke gitu?

pernahkah kita fikirkan semua tu. kadang-kadang walau kita dah buat sebaik yang mungkin tapi masih lagi tak berhasil dapatkan pengertian dan perhatian orang. masih lagi orang bersangka buruk dan endah tak endah kat kita. anggaplah semua tu ujian. berlapang dada juga perlukan kekuatan. semua benda yang kita nak buat kena ada kekuatan dan keberanian. so teruskan hidup. jangan terus dibaluti kekecewaan dan kehampaan. fikir setiap perbuatan kita dan nilaikannya semula. nasib kita takkan berubah kiranya kita tak mengubahnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan