Halaman

emas

Isnin, 17 Jun 2013

TEMPAHAN KEBAB

Assalamua'laikum.

hai kepada semua. semalam 16 Jun 2013 selesai sudah event untuk majlis pertunangan Fawwaz. 110 biji kebab selesai sudah disiapkan dan habis dimakan... nyumnyummm..

majlis santai dengan tema yang menarik dan jarang2 orang lain buat.. mungkin kot.. sebab first time aku tengok majlis sebegini.. suasana ala2 hotel dengan kerusi berhias cantik dan terdapat pelbagai pilihan makan ala2 gerai gitu.. termasuklah gerai aku skali yang siap untuk masakan panas. panas panas panas..

berpeluh2 gak menyiapkan kebab2 yang ditempah. nasib cuaca redup.. mungkin sebab jerebu yang melanda sekarang ni.. berita tadi kat cheras index pencemaran udara da 105. harap2 makin baik nanti.. tak mau jadi jerebu macam dulu2 da..

berikut sedikit sebanyak gambar yang aku amek masa sebelum n semasa majlis. xbanyak sebab tengah bertungkus lumus nak siapkan kebab n gambar pn ambil guna hp je. lupa bawa kamera.. moga korang enjoy..

kepada sesiapa nak tempah kebab untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, keramaian, cukur jambul atau yang sewaktu dengannya boleh la tepon@sms ke no ni: 0176966941 (safrizan) atau 012 3417090 (mizi).. setakat ni kami hanya menerima tempahan kebab di kawasan sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Nilai dan kawasan yang berdekatan.

sekian.

tengah menyediakan daging kebab..

kebab ayam tengah masak..

tengah layan pelanggan..

bungkus jangan tak bungkus..



layan jangan tak layan.. kebab ayam 1 siappppp...


baru siap set up gerai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan